29 Oct 2019

Jawatankuasa Komuniti India PADAT

Anda risau, kecewa atau marah melihat warisan, budaya dan tradisi kaum India di Selangor “diambil” orang?

Anda mahu membantu mempertahankan identiti, budaya, warisan dan keunikan kaum India di Selangor?

Anda mahu terlibat sama dalam usaha mendokumentasi pelbagai maklumat berkaitan kaum India di negeri Selangor?

Jika jawapannya “Ya”, paparan ini adalah untuk anda. Saya akan terangkan usaha yang sedang dilakukan dan bagaimana anda boleh terlibat sama secara aktif dalam menjayakannya.

“Jadilah perubahan yang mahu anda saksikan di dunia ini.” — Mahatma Gandhi

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) masih menjalankan usaha mengumpul maklumat mengenai sejarah, budaya, seni dan pelbagai aspek berkaitan kaum India di negeri berkenaan.

Saya [Uthaya Sankar SB] selaku Ahli Lembaga PADAT telah memaparkan perkara ini pada 30 Oktober 2018 — Sila Baca di Sini. Hasil dapatan sejak setahun lalu — yang sebenarnya masih sedikit — telah dibentang pada Mesyuarat Ahli Lembaga PADAT pada 29 Oktober 2019.


Maklumat masih perlu dikumpul dalam bidang-bidang berikut:

1. Sejarah kaum India di Selangor
2. Perusahaan tradisional kaum India di Selangor
3. Seni dan budaya kaum India di Selangor
4. Komuniti India yang “berpindah” (keluar dari estet/ladang) di Selangor
5. Makanan dan minuman tradisional kaum India di Selangor
6. Dokumentasi kisah/cerita lisan kaum India di Selangor
7. Pakaian/busana kaum India di Selangor

Sebagai permulaan, saya akan menulis siri artikel mengenai topik-topik di atas, dan kemudian dikumpul untuk didokumentasi oleh PADAT. [Lihat contoh “Kaum India dan Sastera Kebangsaan” di Eksentrika.]


Anda boleh membantu PADAT dengan beberapa cara:

1. Terlibat sama sebagai sukarelawan dalam Jawatankuasa Komuniti India PADAT.

2. Membantu mengenal pasti individu di sekitar kawasan anda yang sesuai dan wajar diwawancara untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan dokumentasi.

3. Menjadi tokoh/sumber (pengamal) yang boleh diwawancara atau mendapatkan bahan.

Bahan apa yang dicari? Tokoh macam mana yang dicari? Rujuk di Sini.

Anda masih risau, kecewa atau marah melihat warisan, budaya dan tradisi kaum India di Selangor “diambil” orang?

Anda masih mahu membantu mempertahankan identiti, budaya, warisan dan keunikan kaum India di Selangor?

Anda masih mahu terlibat sama dalam usaha mendokumentasi pelbagai maklumat berkaitan kaum India di negeri Selangor?

Jika jawapannya “Ya”, hubungi WhatsApp 011-11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 15 November 2019.

Atau kita boleh terus mengeluh melihat warisan, budaya dan tradisi kaum India di Selangor terus hilang. Atau kita boleh terus menyalahkan orang lain kerana tidak mendokumentasi perihal kaum India di Selangor.