1 Oct 2020

Ceramah Penulisan Kreatif (Cerpen)


Tajuk: Ceramah Penulisan Kreatif (Cerpen)

Tarikh: 18 Oktober 2020 (Ahad)

Masa: 8.00 – 10.00 malam

Pelantar: Google Meet

Penceramah: Uthaya Sankar SB

Pengeras: RM10 sahaja

Peserta: Penulis dan Peminat Cerpen Bermutu

 

Penularan Covid-19 kembali meningkat dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) turut mengambil langkah berjaga-jaga tanpa mengurangkan peluang mengendalikan acara perkongsian ilmu penulisan.

Mahu mendalami ilmu penulisan cerpen bermutu? Masih ada pelbagai pertanyaan dan persoalan dalam minda yang belum terjawab berkaitan penulisan cerpen? 

Sesi Ceramah Penulisan Kreatif (Cerpen) diatur susulan kejayaan Ceramah Penulisan Cerpen (7 Jun 2020), Memancing Minat Pembaca (21 Jun 2020), Mata Mendengar, Telinga Berbicara (5 Julai 2020), Sajian Non-Cereka Kreatif (19 Julai 2020), Menyuntik Budaya ke dalam Cereka (2 Ogos 2020), dan Plot A Murder: Merangka Jalan Cerita (16 Ogos 2020).

Skop: Cerpen kanak-kanak, remaja, dan umum (dewasa).

Peserta dilarang mengganggu sesi ceramah dengan bercerita tentang “hikayat diri sendiri” atau sebarang topik yang tidak berkaitan!

Ceramah dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dengan bantuan tayangan slaid minimalis. Peserta wajib menyediakan kertas/buku dan alat tulis untuk membuat catatan. Slaid PowerPoint tidak diedarkan.

Sesuai bagi pelajar, mahasiswa, guru, pengkaji, penulis, bakal penulis, pengkritik, peminat sastera, pencinta buku, dan sesiapa yang mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia.


Untuk mendaftar dan membayar pengeras (RM10 sahaja) bagi sesi Ceramah Penulisan Kreatif (Cerpen), hubungi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya) sebelum 9:00 malam, 12 Oktober 2020 (Isnin).

Jumlah peserta yang disasarkan adalah sekitar 10 orang sahaja supaya tumpuan dapat diberi kepada keperluan setiap peserta.

Para peserta berdaftar akan diminta mengemukakan maksimum 4 soalan dan soalan-soalan itu akan turut dijadikan asas ceramah. Maknanya, penceramah bukan “syok sendiri” tetapi berkongsi ilmu berdasarkan keperluan dan permintaan para peserta. Individu yang mengaku “sudah tahu semua” tidak perlulah menjadi peserta.

Nota: Ini adalah sesi ceramah, bukan bengkel penulisan.

Peserta yang mengikuti sepenuhnya Ceramah Penulisan Kreatif (Cerpen) akan menerima sijil penyertaan (versi PDF). Sijil akan dikirim selepas rekod kehadiran dan penglibatan disemak.

[Lihat juga — Khidmat Penyuntingan Profesional]

Sesi bimbingan sebelum ini termasuk Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan (November 2019), Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara (Mac 2020), Ceramah Penulisan Menerusi Google Meet (mulai Jun 2020),  Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi E-mel (mulai Jun 2020), dan Projek Menulis Karya 200 Perkataan (mulai Julai 2020).


Bakal Terbit —
Peluru Aksara: Antologi Karya Penulis Malaysia dan  Putaria: Kumpulan Fiksyen Bahasa Malaysia.

Harap sudi berkongsi maklumat Ceramah Penulisan Kreatif (Cerpen) dengan rakan-rakan dan saudara mara yang mungkin sedang mencari ruang dan peluang untuk belajar menghasilkan cerpen bermutu, atau merupakan pencinta bahan bacaan bermutu dan mahu tahu “rahsia” penulisan cerpen