14 Aug 2009

Aspirasi Sasterawan Negara Ke-11

Apabila Dato’ Dr Anwar Ridhwan diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara pada 11 Ogos 2009 [BACA DI SINI], tidak kurang yang menghubungi saya untuk bertanya, adakah pengumuman itu bermakna Prof Madya Dr Lim Swee Tin gagal meraih anugerah itu.

Ternyata timbul sedikit kekeliruan. Sebenarnya, nama Dr Lim Swee Tin belum dicalonkan. Malah, tidak juga termasuk dalam senarai pencalonan sebelum ini.

Perkara itu telah saya sahkan sendiri apabila berkunjung ke Bahagian Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 24 Jun 2009. Nama Dr Lim Swee Tin tidak pernah dicalonkan oleh sesiapa sebelum ini.

Kekeliruan juga mungkin timbul kerana saya memulakan kempen pencalonan Dr Lim Swee Tin pada 24 Jun 2009. [BACA DI SINI]

Tambahan pula, pada 9 Julai 2009, One Nusantara Sdn Bhd mencetak kad nama khas sebagai menyokong kempen berkenaan. [LIHAT DI SINI]

Biar saya jelaskan bahawa pencalonan Dr Lim Swee Tin sedang diusahakan sebagai penerima ke-11 Anugerah Sastera Negara. Malah, pencalonan belum lagi dibuka. [RUJUK PENCALONAN DI SINI]

Sengaja saya mulakan kempen lebih awal supaya biar semua orang tahu bahawa Dr Lim Swee Tin sesungguhnya layak bergelar Sasterawan Negara; seperti yang saya nyatakan dalam wawancara di akhbar theSun [BACA DI SINI].

Pasti sahaja saya amat mengharapkan sokongan dan bantuan daripada semua pihak yang sama-sama mahu melihat aspirasi “Sasterawan Negara Dr Lim Swee Tin” menjadi kenyataan dengan semangat sejati Satu Malaysia!