Thursday, 9 July 2009

Kad Nama Indah

“Kempen” saya untuk mencalonkan Prof Madya Dr Lim Swee bagi Anugerah Sastera Negara (yang membawa gelaran “Sasterawan Negara”) tetap diteruskan dalam kesibukan menguruskan pelbagai aktiviti Kavyan sepanjang Julai dan Ogos 2009. Usaha saya juga ternyata mendapat sokongan pelbagai pihak melalui pelbagai cara. Ramai yang memberi komen di blog saya serta di Facebook. Salah seorang rakan di Facebook, Donmny Don, turut menyatakan sokongan pada status Facebook beliau pada 8 Julai 2009; lalu mendapat sokongan sekumpulan rakan beliau. Saya ada meletakkan poster amat kecil pada blog saya yang secara terang-terangan menjelaskan “kempen” saya mencalonkan Dr Lim sebagai Sasterawan Negara. Pada 9 Julai 2009, saya mendapat sokongan daripada seorang penerbit dalam bentuk yang cukup “indah”. Saya dibekalkan dengan kad nama khas di mana bahagian belakang kad nama ini memaparkan poster kecil Kempen Pencalonan Dr Lim Swee Tin Bagi Anugerah Sastera Negara. Jumlah kad nama yang disumbangkan secara percuma kepada saya adalah sebanyak seribu (1,000) kad! Bolehlah saya edarkan secara rasmi pada 12 Julai 2009.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!