10 Jul 2009

Bahasa

Saya memutuskan untuk membimbing (“mengajar”?) pengguna dan pengamal bahasa rojak, bahasa SMS dan perkara seumpamanya yang mencemarkan kemurnian Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris pada laman Facebook milik saya.

Mulai 10 Julai 2009, mana-mana catatan orang “rakan-rakan” di laman saya yang menampilkan kesalahan bahasa akan dibetulkan untuk tatapan dan panduan umum.

Manakala, segala catatan yang terbukti sengaja mencemarkan bahasa (Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris) akan dibuang.

Tindakan tegas ini mungkin sahaja dilihat, dilabel dan dituduh sebagai “melampau”.

Sebenarnya, ini hanyalah suatu usaha kecil ke arah mendaulatkan dan memartabatkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Seperti pesan Mahatma Gandhi: Jadilah perubahan yang mahu anda saksikan di dunia ini.