Friday, 26 June 2009

Sasterawan Negara untuk Dr Lim Swee Tin

Usaha sudah diambil secara serius untuk mencalonkan penulis terkemuka negara, Prof Madya Dr Lim Swee Tin bagi Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran “Sasterawan Negara”.

Saya sedang giat menyediakan laporan pencalonan itu kerana saya amat percaya, Dr Lim Swee Tin sudah layak menerima gelaran “Sasterawan Negara” sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kepada sastera negara.

Saya berharap orang ramai, khususnya peminat dan pengkaji karya-karya Dr Lim Swee Tin akan tampil membantu dengan mengemukakan maklumat yang diperlukan untuk menulis laporan pencalonan.

Maklumat lengkap dan terperinci terdapat DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!