Versi Bahasa Tamil cerpen “Anda, Sebuah Kampung dan Sebuah Kisah” (Rudra Avatara, USSB: 2008) dijadual untuk disiarkan di MinnalFM (Radio Bahasa Tamil RTM) pada Ahad, 28 Jun 2009, pukul 10:45 pagi.
Saya sebutkan sebagai “versi Bahasa Tamil” dan bukannya “terjemahan Bahasa Tamil” kerana cerpen tidak diterjemah 100%.
Sebaliknya dipendekkan dan diubahsuai sedikit supaya sesuai dengan karya Bahasa Tamil, khalayak pendengar sasaran dan medium siaran radio.
Terima kasih kepada Hemantha Kumar Nagapan yang memberikan idea serta motivasi bagi menjayakan usaha ini. Beliau juga yang menjadi penyunting bagi versi Bahasa Tamil.
Terima kasih juga kepada Kumaran dan Kavitha dari MinnalFM yang menguruskan penilaian dan penerbitan cerpen ini.
Bagi saudara yang faham Bahasa Tamil, jangan lepaskan peluang mendengar cepen ini.
Akhbar New Straits Times (6 Ogos 1997) melaporkan bahawa “an entry which would have been originally eligible for for consideration in the category for non-Malays was instead awarded the overall second prize” kerana “according to the organisers, ‘it is of a quality well above those in the non-Malay category’.”
Sekadar makluman, kisah dalam cerpen “Anda, Sebuah Kampung dan Sebuah Kisah” [Baca petikan DI SINI] menggunakan latar tempat Siru Kambam dan latar tarikh 26 Februari 1994 – iaitu tarikh saya ditimpa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecacatan kekal.
Kalau saudara keliru – atau belum puas – selepas mendengar cerpen versi Tamil menerusi MinnalFM pada 28 Jun 2009, cubalah membaca versi asal dalam Rudra Avatara.
Selamat mendengar dan membaca! Dan sudilah mengemukakan reaksi dan komen selepas itu.