Tuesday, 21 July 2009

theSun

Wawancara eksklusif yang disiarkan di akhbar theSun pada 16 Julai 2009 ternyata mendapat maklumbalas yang baik daripada pelbagai pihak.

Pasti sahaja saya tidak mengharapkan semua pihak bersetuju dengan apa yang saya nyatakan secara terbuka semasa diwawancara oleh Bissme pada 22 Jun 2009.

Terima kasih kepada setiap individu yang menghubungi saya melalui e-mel, SMS, Facebook atau secara bersemuka untuk menyatakan pandangan berhubung pelbagai isu yang diperkatakan dalam wawancara berkenaan.

Ada juga yang meminta maklumat lanjut berhubung beberapa isu yang dianggap sensitif dan “panas”.

Maka, saya memuatkan wawancara berkenaan di laman sesawang saya – berserta pautan ke laman maklumat tambahan.

Bacalah DI SINI dan sudilah terus berkongsi pandangan secara terbuka dan intelektual demi kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!