18 Jul 2009

Puisi Berilustrasi

Peluang untuk mempelbagaikan cara menghayati karya sastera, khususnya sajak.

Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) akan mengadakan Pameran Puisi Berilustrasi di Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur (bersebelahan Dataran Merdeka) dari 15 Ogos hingga 15 September 2009.

Para pengarang puisi dan sajak diundang mengirim puisi dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris kepada penganjur secara lampiran (attachment) melalui e-mel sebelum 31 Julai 2009.

Puisi dan sajak yang terpilih akan dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi oleh ahli MBBY yang merupakan artis dan pelukis berpengalaman, sebelum dipamerkan kepada umum.

Untuk tujuan itu, individu yang berminat dan berbakat dalam membuat ilustrasi (lukisan, kaligrafi, catan dan pelbagai seni lukis kumpulan etnik) turut dipelawa menawarkan diri sebagai ilustrator dalam projek ini.

Hak cipta puisi dan sajak dipegang oleh pengarang asal.

Tema sajak yang dikirim adalah berkaitan “Satu Malaysia”, semangat kemerdekaan, patriotik, sejarah, nasihat kepada generasi muda, pendapat atau luahan perasaan.

Sajak dan puisi asli yang dikirim mestilah sesuai dengan kelompok remaja serta tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Karya perlu dikirim ke alamat e-mel zamri_mbby@yahoo.com, databasebbt@gmail.com atau hasbima@gmail.com.

Hubungi talian 016-2558582 (Zamri) untuk maklumat lanjut.
.
Foto sekadar hiasan.