Berita-berita yang sempat mencuri tumpuan saya pada awal pagi 14 Ogos 2009:
Untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat, seseorang itu perlu mempunyai strategi, berpengetahuan dan mampu meramal masa depan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, Pas dan DAP akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah tidak lama lagi, kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan perlu mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51 orang, titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. (Isteri dan lima anakanda baginda yang turut dijangkiti wabak itu, kini semakin pulih.)
Lebih 180 ahli Umno Bahagian Permatang Pauh akan menyertai Kursus Pemantapan Persediaan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir selama tiga hari, kata Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Pelajar institusi pengajian tinggi perlu mengelak daripada terbabit dalam sebarang bentuk demonstrasi jalanan kerana tindakan itu hanya merosakkan pemikiran dan masa depan mereka, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Penceramah PAS dibenarkan mengeluarkan kata-kata keras terhadap lawan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang walaupun apabila kempen berlangsung ketika Ramadan, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor, Pulau Pinang kembali kecoh dan tegang semalam berikutan tindakan pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd mahu meneruskan hasrat merobohkan 23 unit rumah penduduk di situ.
Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mungkin telah diseret dari arah sisi sebelum mayat mendiang dijumpai di koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam, kata Malik Imtiaz Sarwar, peguam yang mewakili kerajaan negeri Selangor.