12 Mar 2025

Pembaca Beta “Toyol Pak Darus”

“Sejak kes Si Amri, toyol peliharaan Pak Darus tak lagi dihantar untuk mencuri. Jadi, ia mengalami stress, lalu mengamuk.”

Saya (Uthaya Sankar SB) mencari sukarelawan untuk menjadi pembaca beta (beta reader) bagi petikan sebuah cerpen baharu berjudul “Toyol Pak Darus”.

Harap maklum bahawa cerpen ini sebuah fiksyen berkaitan toyol dalam budaya Melayu dan turut memetik beberapa kes yang pernah dilaporkan di akhbar seperti Berita Harian. Sesiapa yang mungkin berasa kurang selesa dengan tema, topik, atau kisah seperti ini dinasihatkan supaya tidak menawarkan diri menjadi pembaca beta.

“Pembaca beta” merujuk kepada orang yang dipelawa menjadi pembaca awal bagi manuskrip sebuah karya (cerpen, novel) yang belum disiarkan di mana-mana. Mereka diberi peluang mengemukakan komen dan pandangan peribadi secara ikhlas kepada penulis mengenai karya berkenaan.

Penyertaan sebagai pembaca beta adalah secara sukarela, tanpa paksaan, dan tanpa bayaran. Perlu sedia mematuhi deadline ditetapkan.


Bagaimana untuk menjadi pembaca beta? 

Dua bahan/maklumat berikut wajib dikirim:

1. Kirim biodata sepanjang 50–100 perkataan (sahaja) kepada saya menerusi WhatsApp atau e-mel.

2. Kirim foto anda kepada saya menerusi WhatsApp atau e-mel.

Rujuk contoh biodata dan foto [di sini].

 

Kemudian, petikan cerpen “Toyol Pak Darus” sekitar 600 perkataan akan dikirim kepada sukarelawan untuk dibaca. Sukarelawan (pembaca beta) perlu menjawab lima (5) soalan berkaitan petikan cerpen itu.

Petikan cerpen dan reaksi dalam Bahasa Malaysia.

Tidak ada jawapan betul atau salah—semua jawapan/reaksi adalah betul.

Tarikh akhir mengirim biodata dan foto bagi mengesahkan kesediaan menjadi sukarelawan: 15 Mac 2025 (8:00 malam)

Tarikh akhir mengirim jawapan bertulis bagi beberapa soalan: 18 Mac 2025 (8:00 malam)

Kesemua jawapan/reaksi akan disiarkan di blog pada 19 Mac 2025 dan dipromosi menerusi media sosial.

Baca reaksi pembaca beta — [akan dipaparkan di sini]

Berikut reaksi pembaca beta bagi cerpen-cerpen lain: [Mukundan Sudah Mati] – [Guruji dari Jaisalmer] – [Anak Bunian] – [Darurat di Pulau Cinta] – [Kumpulan Fiksyen Putaria] – [Siapa Bunuh Mukundan?] – [Raman dan Kultus Guruji] – [Rahasya di Pulau Cinta] – [Cinta Maya Arjuna] – [Menunggu Kathiravan] – [Menanti Kepulangan Arjun]

Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan.