4 Mar 2025

Sumbangan Buku Cerita Untuk Sekolah Rendah


“Actions speak louder than words”

Menyedari hakikat ini, saya [Uthaya Sankar SB] memohon sokongan, sumbangan, dan tindakan – support, contribution, and action – rakan-rakan dan orang ramai bagi menjayakan kempen “Sumbangan Buku Cerita Untuk Sekolah Rendah”.

 

Pakej buku cerita yang tersedia ialah tiga judul ini:

1 - Nari! Nari! (2024)

2 - Ikan Patin dan Beruang Besar (2024)

3 - Rani di Kuil Bhagavati (2025)

 

Sekolah mana?

Anda boleh memilih mana-mana sekolah rendah di Malaysia – Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Amat digalakkan memilih sekolah rendah di mana anda belajar dahulu. Anda perlu kemukakan nama penuh sekolah, alamat penuh sekolah, dan nombor telefon sekolah/guru untuk membolehkan buku dikirim melalui pos (kurier). Saya menanggung kos penghantaran. Harap maklum bahawa penghantaran (kurier) tidak dapat dibuat ke alamat PO Box dan Felda.

 

Jumlah penyumbang?

Saya mensasarkan 20 orang penyumbang supaya buku dapat dikirim ke 20 buah sekolah menjelang 31 Mac 2025. Jika ada sambutan, maka akan ditambah/disambung pada April 2025. Bayangkan: Ada 530 buah SJKT di Malaysia. Kalau 20 bekas murid dari 20 buah SJKT tampil menyumbang, maka 20 buah SJKT akan menerima sumbangan buku. Belum lagi ambil kira 200 bekas murid SJKT/SJKC/SK!

 

Bagaimana caranya?

1) Anda menyumbangkan RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB).

2) Kirim maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952:

(a) Nama Penyumbang:

(b) Tempat Tinggal Penyumbang: (Bandar, dan Negeri)

(c) Nombor Telefon Penyumbang:

(d) Tarikh Deposit:

(e) Nama Sekolah:

(f) Alamat Lengkap Sekolah:

(g) Nombor Telefon Sekolah/Guru:

 

Apa yang berlaku seterusnya?

1) Pakej tiga buah buku yang dinyatakan di atas dikirim melalui pos (kurier) kepada Guru Besar sekolah berkenaan untuk ditempatkan di perpustakaan sekolah.

2) Bersama kiriman buku itu disertakan sepucuk surat yang menyatakan nama dan nombor telefon penyumbang. Langkah ini supaya Guru Besar boleh berhubung terus dengan penyumbang untuk mengucapkan terima kasih. Jika anda tidak mahu nama atau nombor telefon anda dinyatakan dalam surat itu, sila maklumkan kepada saya semasa mengirim maklumat menerusi WhatsApp.

3) Satu salinan pdf surat itu dihantar kepada penyumbang menerusi WhatsApp untuk rekod dan simpanan.

4) Pautan nombor jejak (tracking number) dikirim kepada penyumbang menerusi WhatsApp supaya penyumbang boleh memantau perjalanan pakej kepada penerima (sekolah).

Harap maklum bahawa resit pembelian tidak diberi kerana pakej tiga buah buku ini ditawarkan pada harga diskaun dan khusus bagi kempen “Sumbangan Buku Cerita Untuk Sekolah Rendah”. Kos penghantaran (kurier) ditanggung oleh saya.

 

Senarai sekolah dan penyumbang dikemas kini di sini dari semasa ke semasa. Sila maklumkan sewaktu mengirim WhatsApp jika anda tidak mahu nama sebenar dipaparkan; sebaliknya diganti nama samaran (seperti TTK, SG, MM).

 

 

Maklumat Penyumbang

Maklumat Sekolah

Catatan

1

Uthaya Sankar SB

Shah Alam, Selangor

SK Convent Aulong

Taiping, Perak

 

2

 

 

 

3

 

 

 

4

 

 

 

5

 

 

 

6

 

 

 

7

 

 

 

8

 

 

 

9

 

 

 

10

 

 

 

11

 

 

 

12

 

 

 

13

 

 

 

14

 

 

 

15

 

 

 

16

 

 

 

17

 

 

 

18

 

 

 

19

 

 

 

20

 

 

 

 

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya).