9 Apr 2020

Kumpulan 15 Cerpen Terbaik Uthaya


Tahun 2021 menandakan 30 tahun penglibatan saya [Uthaya Sankar SB] dalam bidang penulisan — bermula dengan penyertaan dalam program Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1991.

Bagi “meraikan” ulang tahun ke-30, saya bercadang menerbitkan sebuah buku yang memuatkan 15 buah “cerpen terbaik” saya.

Pemilihan 15 buah cerpen itu adalah menerusi “pencalonan” oleh rakan-rakan yang pernah membaca cerpen-cerpen saya.

Bagaimana?

Kirim senarai 15 cerpen yang anda pernah baca dan anda rasakan “Cerpen Terbaik Uthaya” serta wajar dimasukkan dalam buku berkenaan.

Boleh lebih atau kurang?

Tidak boleh. Tepat 15 buah cerpen perlu dicalonkan. Jika lebih atau kurang, maka pencalonan ditolak bulat-bulat.

Perlukah beri alasan atau ulasan?

Tidak perlu. Senaraikan judul cerpen sahaja. (Pastikan ejaan betul.)

Bolehkah saya menukar pencalonan?

Tidak boleh. Fikir dengan teliti sebelum mengemukakan senarai anda.

Jika saya tidak membaca karya Uthaya?

Anda tidak layak mengemukakan pencalonan.

Hantar ke mana?

Taip senarai menggunakan Microsoft Word dan kirim ke e-mel uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment). Kiriman ke WhatsApp tidak dilayan. Jangan lupa menyatakan nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon anda.

Bila?

Pencalonan dibuka pada pukul 9:00 pagi, 14 April 2020 (Vishu).
Pencalonan ditutup pada pukul 5:00 petang, 31 Mei 2020 (Kaamatan/Gawai).

Bolehkah saya lakukan pencalonan lebih awal?

Tidak boleh. Akan ditolak bulat-bulat.

Apa akan berlaku kemudian?

Kesemua pencalonan akan dikira pada Jun 2020 untuk memilih 15 buah cerpen yang mendapat pencalonan terbanyak.

Apa yang saya dapat?

Sekiranya minimum 10 daripada 15 cerpen yang anda calonkan termasuk dalam senarai “15 Cerpen Terbaik Uthaya”, maka anda layak menerima hadiah senaskhah buku itu apabila terbit nanti.

Apa lagi yang saya dapat?

Setiap individu yang mengemukakan pencalonan (kecuali pencalonan yang ditolak bulat-bulat) akan diundang menulis komen ringkas untuk dimuatkan pada “Pengantar” buku berkenaan.

Bilakah buku akan terbit?

Dirancang untuk diterbitkan pada awal tahun 2021. Kesemua cerpen akan ditaip semula, disemak, dan disunting sebelum diterbitkan. Bergantung pula kepada sokongan rakan-rakan apabila tempahan awal berbayar dibuka nanti. Lihat juga Apa Guna 500 Rakan di Facebook?

Jika ada pertanyaan?

Hubungi WhatsApp 011–11411952 dan pastikan anda menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul apabila berkomunikasi dengan saya.