Jika anda telah menghantar permintaan sahabat (friend request) kepada saya, sila
pastikan anda tidak berbuat demikian semata-mata kerana mahu memenuhkan senarai
5,000 “rakan” di Facebook!
Untuk membolehkan permintaan sahabat diluluskan, sila kirim
maklumat berikut: Perkenalkan diri anda (bukan setakat nama dan tempat tinggal), jelaskan mengapa anda mahu
ber“sahabat” dengan saya di Facebook,
dan pastikan anda ada di foto profil (profile
picture).
Harap maklum bahawa saya [Uthaya Sankar SB] amat mementingkan penggunaan
bahasa yang betul. Jika sesiapa membunuh bahasa sewaktu menulis komen di
dinding (wall) saya, individu
berkenaan akan dikeluarkan daripada senarai “rakan” tanpa tolak ansur. [Baca Lagi di Sini]
Hanya mahu mengikuti (follow)
perkembangan saya? Manfaatkan butang “Follow” yang tersedia. [Rujuk paparan di bawah]
Harap maklum bahawa saya menghadkan hanya 500 orang sebagai “rakan”
di Facebook — walaupun khabarnya “dibenarkan”
sehingga 5,000 “rakan”.
Akan tetapi, nampaknya angka 500 juga terlalu banyak dan
tidak berguna kepada seorang penulis sepenuh masa seperti saya.
Contohnya, saya
menerbitkan buku Nari! Nari! (2015), Mandala Bicara (2016), Ikan Patin dan Beruang Besar (2017), Thirukkural dan Megha Duta (2018), Ramayana dan Mahabharata (2019), serta Vetalam dan Vikramaditya (2020). [Senarai penuh]
Purata individu yang tampil menyokong usaha penerbitan setiap
buku hanya sekitar 100 orang.
Ramai juga yang menghantar permintaan sahabat (friend request) tetapi “hilang” selepas
diluluskan. Mungkin mereka hanya mahu memenuhkan senarai 5,000 “rakan” di Facebook!
Maka, apa gunanya 500 “rakan” sekiranya hanya sekitar 100
orang yang benar-benar berperanan dan berguna? Termasuk berinteraksi, dan
menulis komen di Facebook secara intelek menggunakan bahasa yang betul.
Dengan itu, mulai Mei 2020, saya sentiasa berusaha mengurangkan
jumlah “rakan” di Facebook secara
berperingkat-peringkat.
Menjelang April 2022 — apabila saya mengumumkan usaha
awal penerbitan buku seterusnya — biarlah ada sekitar 200 “rakan” sahaja di Facebook.
Sebagaimana anda sendiri ketahui, kualiti lebih penting daripada kuantiti.