14 Jun 2013

Peraturan Facebook


Berikut ketetapan dan syarat wajib yang saya letakkan demi memastikan saya tidak perlu memeningkan kepala melayan kelompok yang “suka buat kecoh” selepas menjadi sahabat di Facebook..

Below are some compulsory house rules just to make sure that I don’t have to stress myself in handling troublemakers after they become my friends on Facebook.

1. Fungsi “FOLLOW” terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu memantau perkembangan saya tanpa perlu menjadi “sahabat”. Ia sesuai bagi sesiapa yang memang mahu memantau atau mengikuti perkembangan saya tanpa mahu mengemukakan komen.

1. The “FOLLOW” function is open to anyone interested to – well – follow my updates without becoming my “friend” on Facebook. It’s useful if you only want to keep an eye on me without the intention of making any comments on my wall.

Click photo to enlarge

Permintaan “SAHABAT” adalah terhad bagi rakan-rakan yang memenuhi  kriteria berikut:

FRIEND” requests shall be strictly limited to friends who fulfil these criteria:

1. [WAJIB] Menghantar mesej peribadi menerusi Facebook untuk memperkenalkan diri sebaik menambah saya sebagai sahabat. Mesej ini akan menjadi panduan dan rujukan saya dari semasa ke semasa untuk kenal siapa anda. (Harap maklum bahawa saya seorang yang amat pelupa.)

1. [COMPULSORY] You will send me a personal message via Facebook to introduce yourself. This message would be useful since – have I told you? – I am very forgetful and that message would come in handy from time to time after I approve your friend request.

2. [WAJIB] Berjanji akan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Tamil yang betul dari segi ejaan, tatabahasa dan kesantunan berbahasa apabila menulis sebarang komen pada dinding Facebook saya. Saya tidak mahu membazir masa dengan orang gila seperti Kavin Mitran.

2. [COMPULSORY] You promise to use proper Bahasa Malaysia or English or Tamil when commenting on my Facebook wall. By proper language, I also mean spelling, grammar and mannerism. I don't want to waste my time with crazy people like Kavin Mitran.


3. [WAJIB] Sudah membaca, memahami sepenuhnya serta bersetuju dengan panduan umum [KLIK DI SINI] berkaitan penggunaan bahasa.

3. [COMPULSORY] You have read, understood and agreed to the general terms [CLICK HERE] related to the usage of proper language on my wall.

4. [TIDAK WAJIB] Berminat menyertai aktiviti anjuran KumpulanSasterawan Kavyan (Kavyan) dari semasa ke semasa.

4. [OPTIONAL] You should be interested to take part in Kavyan activities from time to time.

5. [TIDAK WAJIB] Berminat memiliki serta mengikuti perkembangan saya dalam penulisan/penerbitan buku. – Panchayat: Edisi KhasKisah dari Siru KambamHanuman: Suara Hati  Pulau Pendatang  Nari! Nari! – Malaiur Manikam – Mandala Bicara  Ikan Patin dan Beruang Besar  

5. [OPTIONAL] You should be interested to know about what I’m writing/publishing. – Panchayat: Edisi Khas – Kisah dari Siru Kambam – Hanuman: Suara Hati  Pulau Pendatang  Nari! Nari! – Malaiur Manikam – Mandala Bicara  Ikan Patin dan Beruang Besar  

[Click to enlarge]

6. [WAJIB] Tidak akan memperlekeh agama/kaum/etnik lain. [Raikan kepelbagaian; tolak perkauman]

6. [COMPULSORY] Do not belittle other religion/race/ethnic.

Klik foto untuk membesarkan

7. [WAJIB] Akan menyemak setiap komen sekurang-kurangnya tiga kali sebelum dipaparkan pada dinding Facebook saya.

7. [COMPULSORY] You agree to check and recheck (at least three times) before you post anything on my Facebook wall.


8. [WAJIB] Tidak akan merapu dan menulis komen yang “entah apa-apa” atau tiada kaitan dengan topik perbincangan.

8. [COMPULSORY] You will not write nonsensical comments or statements on my Facebook wall.

9. [WAJIB] Tidak akan mencampur-adukkan bahasa atau “membunuh bahasa” apabila menulis pada dinding Facebook saya.

9. [COMPULSORY] You will not be mixing languages in the same sentence when commenting or writing on my Facebook wall.

10. [WAJIB] Tidak akan “berkongsi” (SHARE) apa-apa bahan/maklumat/paparan/video (dan sebagainya) atau “menandakan” (TAG) apa-apa bahan/foto/ilustrasi/video (dan sebagainya) yang tidak ada kaitan secara langsung dengan saya.

10. [COMPULSORY] You agree not to share any material/information/video etc or tag me on any material/photo/illustration/video etc which has no direct connection to me.

11. [WAJIB] Jika ada sebarang perkara yang mahu dibincangkan atau dikongsi secara peribadi, maka akan dikirim terus kepada saya menerusi mesej peribadi.

11. [COMPULSORY] If there are any personal matters to discuss or share, you would simply send me a personal message.

Segala syarat ketat dan panduan ini adalah bagi memastikan bahawa “sahabat” saya di Facebook adalah golongan yang benar-benar berkualiti dan mampu menjadikan hidup saya lebih bermakna. Kualiti (mutu) lebih penting daripada kuantiti (jumlah).

Why all these strict rules and regulations? Just to make sure that I only have quality friends on Facebook; friends who make my life more meaningful. Quality is – of course – more important than quantity.

Baca juga  Kemas Kini Sahabat Mulai 1 Oktober 2015  Apa Guna 500 Rakan di Facebook?  —