28 Dec 2012

Astana Klasik – Kenali Karya Antarabangsa

Kanak-kanak dan remaja pelbagai kaum di Malaysia wajar mengenai para pengarang antarabangsa serta menghayati karya-karya mereka. Mungkin golongan ibu bapa dan guru-guru masih ingat pengalaman membaca karya-karya agung dan klasik para pengarang antarabangsa pada usia muda.
 
Malangnya, rata-rata kanak-kanak dan remaja masa kini dikatakan kurang terdedah serta kurang berminat membaca karya-karya berkenaan yang terdapat dalam Bahasa Inggeris.
 
One Nusantara Sdn Bhd secara terus-menerus mengambil langkah ke arah menyajikan karya-karya klasik antarabangsa dalam versi terjemahan Bahasa Malaysia khusus untuk kanak-kanak dan remaja di Malaysia. Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) juga terlibat dalam usaha memupuk minat membaca dan mendaulatkan Bahasa Malaysia.
 
Karya-karya dalam siri “Astana Klasik” bukan terjemahan langsung; sebaliknya adaptasi atau boleh disebut “edisi dipermudahkan” (abridged version) supaya mudah dibaca dan dihayati golongan kanak-kanak dan remaja, sebelum mereka melangkah untuk membaca karya berkenaan dalam versi asal. - Baca ulasan lanjut DI SINI.
 
Sejumlah lapan judul dalam siri “Astana Klasik” akan berada dalam pasaran pada tahun 2013. Harga pasaran bagi setiap judul berkenaan adalah RM14.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM16.90 (Sabah/Sarawak).
 
Bagaimanapun, sekiranya anda membeli daripada Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya, harga istimewa yang ditawarkan adalah RM10.00 senaskhah bagi seluruh negara. Kos penghantaran melalui pos biasa pula RM1.00 bagi setiap naskhah. Jika membeli satu set (lapan judul), maka kos penghantaran melalui pos biasa adalah percuma.
 
Berikut judul-judul dalam jumlah terhad yang ditawarkan pada harga istimewa. Harap maklum bahawa tawaran harga istimewa ini hanya melalui tempahan berbayar. Sila klik pada judul buku untuk maklumat lanjut.
 
1 - David Copperfield – Charles Dickens
2 - Frankenstein – Mary Shelley
3 - Kisah Misteri dan Seram – Edgar Allan Poe
4 - Pengembaraan Gulliver – Jonathan Swift
5 - Pengembaraan Robinson Crusoe – Daniel Defoe
6 - Peter Pan – James Matthew Barrie
7 - Pengembaraan Sherlock Holmes – Arthur Conan Doyle
8 - Pulau Karang – Robert Michael Ballantyne
 
Membaca jambatan ilmu. Membaca memperkasa minda. Membaca membuka jendela pengalaman. Dapatkan buku-buku ini untuk bacaan sendiri atau untuk dihadiahkan kepada anak-anak, kenalan, saudara-mara, murid dan pelajar.
 
Tempahan pusingan pertama akan ditutup pada 23 Januari 2013 (tarikh gaji kakitangan awam). Jika anda berminat membeli buku-buku bermutu ini, sila dapatkan nombor akaun dan isi Borang Tempahan Buku Bermutu. Sila hubungi Uthaya Sankar SB melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau mesej www.facebook.com/uthaya untuk maklumat lanjut dan pertanyaan. Pesanan dan pertanyaan melalui SMS tidak akan dilayan.

Anda juga mungkin berminat untuk memiliki:

1 - Violence Against An Ethnic Minority in Malaysia
2 - Thunder Demons
3 - Travelog Beijing
4 - Panchayat: Edisi Khas
5 - Kisah dari Siru Kambam
6 - Tiger Isle