Saya mendapat tahu mengenai buku Violence
Against An Ethnic Minority in Malaysia: Kampung Medan, 2001 (2012) tulisan S. Nagarajan dan K.
Arumugam apabila melihat foto buku ini pada Facebook
Sukumar Theviannan pada 17 Disember
2012.
Serta-merta saya berminat untuk memiliki
dan membaca buku ini yang pasti sahaja merupakan suatu dokumentasi penting
mengenai suatu insiden hitam dalam sejarah negara. Tambahan pula, “versi” yang
dipaparkan menerusi pelbagai media arus perdana berhubung insiden itu tentu
sahaja sudah “dimurnikan” atau “diputar-belit”.
Judul: Violence Against An Ethnic Minority in Malaysia: Kampung Medan, 2001
Penulis: S. Nagarajan dan K. Arumugam
Penyunting: Kua Kia Soong
Penerbit: Suara Inisiatif Sdn Bhd (Suaram)
Tahun terbit: 2012
ISBN: 978-967-11426-1-5
Tebal: 147 halaman
Baki stok: 0 naskhah [pada 29 Disember 2012]
Harga: RM25.00
Kos penghantaran: RM2.00 (Pos Biasa, Malaysia sahaja); RM5.00 (Pos Laju, Malaysia sahaja)
Penulis: S. Nagarajan dan K. Arumugam
Penyunting: Kua Kia Soong
Penerbit: Suara Inisiatif Sdn Bhd (Suaram)
Tahun terbit: 2012
ISBN: 978-967-11426-1-5
Tebal: 147 halaman
Baki stok: 0 naskhah [pada 29 Disember 2012]
Harga: RM25.00
Kos penghantaran: RM2.00 (Pos Biasa, Malaysia sahaja); RM5.00 (Pos Laju, Malaysia sahaja)
Buku ini sangat menarik dan
penuh dengan maklumat; khususnya petikan fakta daripada tesis ijazah kedoktoran
(PhD) tulisan Nagarajan. Maka, maklumat yang terkandung adalah ilmiah, walaupun
ditulis secara separa ilmiah. Wawancara beberapa penduduk/mangsa juga dimuat
dalam buku ini.
Saya membaca buku ini sebelum menulis sedikit ulasan; untuk siaran 22 Disember 2012 - BACA ULASAN BUKU DI SINI. Sebelum buku ini disarankan supaya diharamkan. Sila hubungi uthayasb@yahoo.com.my atau www.facebook.com/uthaya jika berminat membeli buku ini.