Sunday, 16 December 2012

Kumki

Vikram Prabhu adalah anak kepada pelakon Prabhu dan cucu kepada pelakon legenda, Sivaji Ganesan. Pelakon muda ini muncul dalam filem Kumki (2012) sebagai gembala gajah bernama Bomman dan sedang menjalani penggambaran filem Ivan Veramathiri (2013). Sebagai persiapan memegang watak Bomman, Vikram Prabhu dihantar ke pusat latihan gajah di Kerala. Akibat kesibukan penggambaran filem Kumki, dia menarik diri daripada berlakon dalam filem Thozha (2013) yang merupakan pembikinan semula filem Sattam Oru Irrutarei (1981).