Novel Baldatun Thoiyyibatun (2011) karya
Pelita di Dalam Kaca (Kamaludin Endol) sebuah novel Islamik yang sangat penting
(ulang: sangat penting). Saya yakin
bahawa novel terbitan Pustaka Kanzun Mahfiyyan ini akan hangat diperkatakan dalam
masa terdekat; menjelang hujung tahun 2012.
Pembaca yang sudah biasa dengan konsep “Baldatun
Thoiyyibatun Wa Rabbun Ghafur” pasti akan lebih cepat menangkap makna dan
kepentingan novel setebal 403 halaman ini. Kisah berlaku pada tarikh 13-23 Ogos
2020, iaitu selama sebelas hari.
Dalam sebuah ulasan di akhbar Berita Harian (15 Julai 2011), Baldatun Thoiyyibatun dinyatakan sebagai “Novel futuristik Malaysia sebagai model
negara Islam moden pada 2020” – BACA DI SINI.
Kedai Buku Anda yang menguruskan pembelian
dalam talian pula mempromosikannya sebagai “sebuah novel futuristik mengenai
Negara Islam Moden yang melaksanakan sistem Islam sepenuhnya berdasarkan
al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw” – BACA DI SINI.
Maklumat novel yang sangat penting ini
adalah seperti berikut:
Judul: Baldatun Thoiyyibatun
Penulis: Pelita di Dalam Kaca (Kamaludin Endol)
ISBN: 978-967-10294-0-4
Penerbit: Pustaka Kanzun Mahfiyyan (Kuantan)
Tahun terbit: 2011
Tebal: 403 halaman
Harga pasaran: RM30.00
Harga istimewa: Hubungi Uthaya Sankar SB [harga istimewa sudah ditutup pada 25 Disember 2012]
Kos penghantaran: RM3.00 (Pos
Biasa; Malaysia sahaja) atau RM8.00 (Pos
Laju; Malaysia sahaja)
Jumlah stok: 10 naskhah bertandatangan penulis; selebihnya tidak bertandatangan penulis
Nota: Novel Islamik ini diterbitkan sendiri oleh penulis. Uthaya Sankar SB membeli sejumlah naskhah untuk dijual kepada rakan-rakan yang berminat.
Sesiapa yang berminat mendapatkan novel ini
yang ditandatangani pengarang, boleh membuat tempahan berbayar (ulang: berbayar)
sementara stok masih ada. Tempahan pada harga istimewa ditutup pada 25 Disember 2012; 4:00 petang (waktu Malaysia) – sebelum novel ini
mula “meletup” dan diperkatakan orang.
Sila hubungi uthayasb@yahoo.com.my
atau www.facebook.com/uthaya
untuk maklumat dan cara pembayaran. Tempahan menerusi SMS tidak dilayan.
Nota: Senarai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011 disiarkan di akhbar Berita Harian pada 28 Disember 2012. Sila KLIK DI SINI untuk membacanya. Harap maklum bahawa terdapat kesilapan antara nama pengarang (Pelita di Dalam Kaca) dan judul novel (Baldatun Thoiyyibatun) dalam laporan itu.
Nota: Senarai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011 disiarkan di akhbar Berita Harian pada 28 Disember 2012. Sila KLIK DI SINI untuk membacanya. Harap maklum bahawa terdapat kesilapan antara nama pengarang (Pelita di Dalam Kaca) dan judul novel (Baldatun Thoiyyibatun) dalam laporan itu.