Pada
Julai 2012, seorang individu tidak dikenali yang mungkin (ulang:
mungkin) terencat akal mengemukakan “Sifir Mudah Mengapa Perjuangan Kavyan
Mesti Ditolak” menerusi catatan di laman rangkaian sosial Facebook.
Berikut petikan sifir mudah yang dikemukakan “budak”
itu:
4. Saya kata Kavyan bodoh
perlembagaan sebab Perkara 152 tidak termasuk perkara yang boleh dipersoalkan.
5. Saya kata Kavyan bahlul dan dungu
perlembagaan sebab walaupun kebebasan bersuara ada diperuntukkan, tetapi
kebebasan itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada, seperti
seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948 yang mengatakan bahawa Perkara 152 tak boleh
dipersoal.
Ternyata “budak” yang mungkin terencat akal itu
mungkin juga bodoh, bahlul dan dungu. Ternyata budak itu beranggapan, apabila Kavyan - dan saya - menggunakan istilah Bahasa Malaysia, maka kami menolak istilah bahasa Melayu serta bersikap anti-Melayu. Semoga Allah Yang Maha Pengasih merahimi “budak” berkenaan. Baca juga kisah budak hingusan itu DI SINI.

No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!