Tarikh: 28 Disember 2020 (Isnin)
Masa: 8.00 – 10.00 malam
Pelantar: Google Meet
Penceramah: Uthaya Sankar SB
Pengeras: RM10 sahaja
Peserta: Penulis dan Peminat Cerpen Bermutu
Sesi bimbingan penulisan terakhir untuk tahun 2020
Para penulis biasanya
diajar supaya berkongsi sebanyak mungkin maklumat mengenai watak supaya pembaca
boleh mengenali watak terbabit. Saya pula “mengajar” supaya jangan
mendedahkan identiti dan maklumat diri watak kepada pembaca. Tentu ada sebab
mengapa saya mencadangkan demikian.
Sesi ceramah ini diatur susulan kejayaan Ceramah Penulisan Cerpen
(7 Jun 2020), Memancing Minat Pembaca
(21 Jun 2020), Mata Mendengar, Telinga Berbicara
(5 Julai 2020), Sajian Non-Cereka Kreatif
(19 Julai 2020), Menyuntik Budaya ke
dalam Cereka (2 Ogos 2020), Plot A Murder: Merangka Jalan
Cerita (16 Ogos 2020), dan Ceramah Penulisan Kreatif: Cerpen (18 Oktober 2020).
Ceramah dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dengan
bantuan tayangan slaid minimalis. Peserta perlu menyediakan kertas/buku dan
alat tulis untuk membuat catatan. Slaid PowerPoint
tidak diedarkan.
Sesuai bagi pelajar, mahasiswa, guru, pengkaji, penulis, bakal
penulis, pengkritik, peminat sastera, pencinta buku, dan sesiapa yang mampu
berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia.
Untuk mendaftar dan membayar pengeras (RM10 sahaja) bagi sesi Watak! Jangan
Dedahkan Identiti, hubungi WhatsApp
011–11411952 (Uthaya) sebelum
9:00 malam, 24
Disember 2020 (Khamis). Pendaftaran lewat
tidak mampu dilayan.
Jumlah peserta yang disasarkan adalah sekitar 10 orang sahaja supaya tumpuan dapat diberi kepada setiap peserta. Para peserta digalakkan berinteraksi dan bertanya soalan semasa sesi berlangsung.
Ceramah Watak!
Jangan Dedahkan Identiti mengkhusus kepada panduan
dan teknik “merahsiakan” maklumat diri watak apabila menulis cerpen. Peserta
akan memahami mengapa tindakan itu perlu. Apakah maklumat yang perlu didedahkan
dan apakah pula maklumat yang tidak perlu didedahkan? Bagaimanakah pula
pendedahan itu wajar dilakukan supaya pembaca terus berminat membaca cerpen
kita?
Watak yang ditampilkan dalam cerpen mungkin
berdasarkan individu yang benar-benar wujud, atau rekaan semata-mata. Watak
dalam cerpen “mewakili” manusia dalam realiti tetapi masih perlu ada ciri-ciri
khusus apabila watak itu “wujud” dalam cerpen.
Ceramah Watak! Jangan Dedahkan Identiti akan
membantu anda berupaya mengetengahkan watak-watak yang benar-benar “hidup” dan
menyentuh emosi pembaca. Semakin anda merahsiakan identiti watak, semakin
pembaca kenal watak itu! Aneh? Bolehlah bertanya semasa sesi ceramah.
Ilmu yang dikongsi bukan hanya sesuai bagi penulisan
cerpen berbentuk thriller, tetapi juga bagi cerpen bertema cinta, cerpen
berdasarkan pengalaman peribadi, dan apa-apa karya yang mahu dipanggil “cerpen”
serta menampilkan “watak” dalam cerita.
Cerpen “Remaja Dalam Almari” dan “Tukang Kebun Migran” (Putaria, 2020) dijadikan contoh dan para peserta digalakkan membaca karya berkenaan sebelum menghadiri ceramah.
Peserta yang mengikuti sepenuhnya ceramah Watak! Jangan
Dedahkan Identiti akan menerima sijil penyertaan (versi PDF). Sijil
akan dikirim selepas rekod kehadiran dan penglibatan disemak.
Sesi bimbingan sebelum ini termasuk Sesi Penulisan Intensif Sasterawan
Kavyan (November 2019), Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen
Menara (Mac 2020), Ceramah Penulisan Menerusi
Google Meet (mulai Jun 2020), Bimbingan Penulisan
Cerpen Menerusi E-mel (mulai Jun 2020), dan Projek Menulis Karya 200 Perkataan
(mulai Julai 2020). Uthaya menyelenggarakan Peluru Aksara: Antologi Karya Penulis
Malaysia dan menyiapkan Putaria: Kumpulan Fiksyen Bahasa
Malaysia.