Tuesday, 27 September 2016

Karma

Masyarakat India pada umumnya percaya bahawa kelahiran, kehidupan, dan kematian adalah umpama lingkaran yang berterusan. Istilah Sanskrit yang digunakan untuk menerangkan konsep ini adalah samsara.

Jiwa atau atma akan melalui proses samsara dalam usaha mencapai moksha atau nirvana, iaitu keadaan bebas daripada sebarang ikatan duniawi dan kembali menemui Pencipta.

Orang India juga pada umumnya percaya bahawa individu yang hidup sebagai manusia pada kelahiran ini tidak semestinya telah hidup sebagai manusia pada kelahiran lalu. Begitu juga, tidak semestinya dia akan hidup sebagai manusia pada kelahiran seterusnya.

Sebaliknya, kehidupan ditentukan oleh karma, iaitu kepercayaan bahawa kebaikan dibalas dengan kebaikan, dan kejahatan dibalas dengan kejahatan. Konsep ini boleh juga difahami sebagai law of cause and effect di mana setiap tindakan membawa tindak balas setimpal.

Dapatkan maklumat mengenai karma, atma dan samsara, serta pelbagai aspek budaya kaum India, dalam buku Mandala Bicara.

Masuk ke dalam Mandala. Meresap ke dalam Minda.