Monday, 26 September 2016

Dharmasastra

Konsep awal dharma terdapat dalam Rigveda yang menjadi sumber rujukan utama tamadun India. Terdapat sekurang-kurangnya 50 bahagian dalam kitab veda yang membicarakan konsep dharma, seperti jenis-jenis perkahwinan, jenis-jenis anak, peraturan mengambil anak angkat, pembahagian harta, harta yang menjadi hak kaum wanita, dan tingkah laku.

Salah satu bentuk Dharmasastra yang lebih mudah difahami adalah dharmasutra iaitu himpunan ajaran dharma dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Kandungannya lebih mudah difahami berbanding Rigveda.

Beberapa pemikir agung dalam tamadun India menghasilkan bentuk penulisan baharu yang dikenali sebagai smrti. Bahasa yang digunakan adalah lebih mudah difahami oleh masyarakat umum. Teknik dan gaya bahasa berirama menjadikan kandungan smrti lebih mudah dihafaz dan diingati.

Dapatkan maklumat mengenai dharma, smrti dan veda, serta pelbagai aspek budaya kaum India, dalam buku Mandala Bicara.

Masuk ke dalam Mandala. Meresap ke dalam Minda.