Wednesday, 28 September 2016

Neem

Daun, buah, serta kulit pokok neem (veeppilai atau veembu) digunakan sebagai bahan perubatan dalam budaya India sejak sekitar tahun 2500 Sebelum Masehi.

Apa yang menarik dan menakjubkan adalah bahawa catatan perubatan yang dilakukan pada waktu itu dapat dibuktikan secara saintifik menggunakan ilmu perubatan moden.

Dalam budaya kaum India, setiap keluarga digalakkan menanam pohon neem di perkarangan rumah. Biasanya, amalan ini dikatakan sebagai tugas suci dan dikaitkan dengan amalan agama, tetapi sebenarnya berkaitan dengan amalan perubatan.

Dapatkan maklumat mengenai keunikan dan khasiat perubatan neem, serta pelbagai aspek budaya kaum India, dalam buku Mandala Bicara.

Masuk ke dalam Mandala. Meresap ke dalam Minda.