Mahu tidak mahu, nampaknya sebahagian besar
hujah yang dikemukakan oleh AB Sulaiman menerusi buku Sensitive Truths in Malaysia: A Critical Appraisal of theMalay Problem (2013) terpaksa diakui kebenarannya.
Apabila saya menulis makalah “Dilema Melayu, Cina, India” (Projek Dialog, 16 April 2014) serta
memetik beberapa pandangan Sulaiman, saya mengandaikan akan ada hujah balas
yang rasional dan bernas daripada pembaca untuk menafikan kata-kata ilmuan
berumur 71 tahun itu.
Akan tetapi, ternyata masih wujud
sekelompok kecil manusia yang kurang mampu membaca – bukan sekadar mengeja-eja
dan mengeluarkan suara – lalu memutar-belitkan fakta sehingga komen-komen yang
disebarkan menerusi laman rangkaian sosial seperti Facebook tersasar jauh dari topik asal.
Saya hanya mampu menepuk dahi dengan penuh
kecewa apabila kesimpulan yang dibuat oleh beberapa kelompok manusia daripada
makalah berkenaan adalah “Uthaya kata bangsa Melayu tidak wujud”.
Lebih menarik apabila ada pula puak
tertentu yang sekadar membaca kesimpulan itu dan mula kecoh secara
berlebih-lebihan tanpa ada kemampuan membaca makalah asal. Apatah lagi
kemampuan membaca buku tulisan Sulaiman.
Sayang
seribu kali sayang. Ada sekumpulan kecil manusia yang tidak cukup pandai untuk
membezakan antara “hujah Uthaya Sankar SB” dan “hujah AB Sulaiman”. Maka,
seluruh hujah balas (reaksi) menjadi tidak logik dan sekadar merapu. [Dapatkan buku Malaiur Manikam untuk makalah penuh.] [MAKLUMAT BUKU DI SINI] Baca juga –
Memahami Minda Melayu – Dilema Melayu, Cina, India – Memahami Masalah Melayu.