Penulis buku Sensitive Truths in Malaysia: A Critical Appraisal of the Malay Problem (2013), AB Sulaiman ternyata sangat berani mengutarakan pelbagai pandangan, kritikan dan hujah pedas berkaitan orang Melayu.
Misalnya, Sulaiman menekankan bahawa musuh
Islam di Malaysia adalah orang Melayu sendiri. Beliau memetik pandangan Raja
Petra Kamarudin (Malaysia Today, 16
Januari 2008) untuk menegaskan hujah tersebut.
Saya masih dalam proses membaca buku ini
sejak 1 April 2014 kerana saya mempunyai tabiat membaca beberapa buku sekali
gus. Sepanjang membaca buku setebal lebih 380 halaman ini, saya dapat merasakan
bahawa khalayak orang Melayu pasti kurang selesa dengan
pelbagai idea, pemikiran dan pengalaman yang diceritakan.
Di sisi yang lain, apabila maklumat
mengenai buku ini saya paparkan menerusi Facebook,
rata-rata rakan-rakan saya – termasuk orang Melayu – mengatakan bahawa mereka
tidak tahu mengenai kewujudan buku ini serta belum berpeluang membacanya.
Saya ada ramai rakan Melayu yang membaca
buku Bahasa Inggeris. Pada waktu yang sama,
ramai juga yang kurang membaca buku selain karya bahasa ibunda. Saya sedikit
pun tidak bermaksud mahu mempersoalkan pendirian mereka.
Sebaliknya, saya merasakan agak “sayang” kerana kandungan buku tulisan Sulaiman “kurang” sampai kepada khalayak sasaran. Saya tidak fikir buku ini akan diterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Maka saya memutuskan untuk memetik dan menyatakan sebahagian pandangan Sulaiman di sini.
Tujuannya
tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membolehkan orang ramai – khususnya
khalayak pembaca Bahasa Malaysia – mengetahui antara pandangan, hujah dan
kritikan penulis, ilmuan dan pengkaji berumur 71 tahun ini berhubung akal (Arab) dan budi (Sanskrit) orang Melayu.
[Makalah penuh boleh dibaca dalam buku Malaiur Manikam] [MAKLUMAT BUKU DI SINI] Baca juga – Memahami Minda Melayu dan Dilema Melayu, Cina, India serta Koleksi Makalah Berkaitan Melayu dan Dilema Sekelompok Melayu
[Makalah penuh boleh dibaca dalam buku Malaiur Manikam] [MAKLUMAT BUKU DI SINI] Baca juga – Memahami Minda Melayu dan Dilema Melayu, Cina, India serta Koleksi Makalah Berkaitan Melayu dan Dilema Sekelompok Melayu