21 Apr 2014

Kisah Keluarga Jessy



Sejak Meninder Kaur Jessy masih kecil, bapanya, Manjit Singh Jessy,  selalu bercerita tentang kisah silam, khususnya mengenai kaum-keluarga dan sanak-saudara. Beliau akan mengimbas kisah suka-duka sejak kedatangan nenek-moyang ke negara ini dari Punjab, India.

 

Akhirnya, sekitar dua tahun lalu, Meninder memutuskan untuk mengatur suatu pertemuan keluarga melibatkan saudara-mara dari jauh dan dekat. Pada masa yang sama, timbul idea untuk mengumpulkan maklumat kaum-keluarga untuk dibukukan sebagai suatu bahan dokumentasi berharga.

 

Hasilnya adalah buku berjudul The Jessy Family yang dicetak dan diedarkan dalam jumlah yang terhad kepada kaum-keluarga yang menghadiri pertemuan pada September 2013. Untuk rekod, nama keluarga (seperti Jessy, Gill, Sandhu dan Hans) adalah mengikut nama keluarga sebelah bapa.

 

“Saya mengambil masa sekitar dua tahun untuk mengumpulkan bahan-bahan daripada saudara-mara bagi menghasilkan buku ini. Kerja-kerja dimulakan dengan menghasilkan pokok keluarga (family tree) berdasarkan maklumat yang diterima.

 
“Semasa membuat kerja-kerja mengumpulkan bahan, timbul pula cadangan supaya pertemuan diadakan bagi mengumpulkan saudara-mara yang sudah terlalu lama tidak bertemu,” kata Meninder sewaktu kami bertemu di The Summit USJ pada pagi 16 April 2014. [BACA KISAH PENUH DI SINI] Baca juga – The Enchanting Prison