Friday, 18 April 2014

Kamus Tamil-Melayu Dewan

Kini, pencinta dan penutur Bahasa Tamil serta kelompok penulis Tamil di Malaysia mempunyai satu lagi peluang mudah untuk menguasai Bahasa Malaysia (Melayu). Kamus Tamil-Melayu Dewan (2013) diterbitkan khusus untuk kegunaan penutur asli Bahasa Tamil yang ingin mempelajari Bahasa Malaysia. 

Lihat – FOTO 1FOTO 2FOTO 3 - FOTO 4

Saya berpeluang mendapatkan senaskhah kamus ini pada 18 April 2014 dari Kedai Koperasi DBP (Menara DBP, Kuala Lumpur) yang merupakan pengedar tunggal bagi kamus ini. Maknanya, kamus ini tidak dijual di kedai-kedai buku lain.


Bagaimanapun, orang ramai berpeluang membeli kamus ini daripada Perunding Media Motivasi dan Penerbitan Uthaya (SA0184670-H) secara dalam talian pada harga istimewa. Berikut maklumat bagi tempahan berbayar sehingga 31 Mac 2017.

Judul: Kamus Tamil-Melayu Dewan
Tahun terbit: 2013
Tebal: 673 halaman
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Jumlah entri: 10,376 entri dan subentri
Harga pasaran: RM50.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Harga saya: RM40.00
Kos penghantaran: RM8.00 (PosLaju – Malaysia sahaja)
Borang Pembelian: [KLIK DI SINI]


Entri kamus ini menggunakan perkataan Tamil dengan tulisan Tamil, diikuti sebutan dalam tulisan Roman, diikuti makna perkataan dalam Bahasa Malaysia; diikuti contoh ayat dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Malaysia. [CONTOH]

Di akhir kamus ini terdapat glosari yang bermula dengan perkataan Bahasa Malaysia, diikuti padanannya dalam Bahasa Tamil (tulisan Tamil) dan juga panduan sebutan dalam tulisan Roman.

Maknanya, selain daripada penutur dan kelompok yang tahu membaca tulisan Tamil, Kamus Tamil-Melayu Dewan juga boleh dimanfaatkan kaum India yang belum menguasai Bahasa Tamil sepenuhnya; serta sesiapa sahaja (pelbagai kaum) yang mahu mengetahui perkataan sesuai dalam Bahasa Tamil (kerana disediakan panduan sebutan dalam tulisan Roman).


Saya secara peribadi menyarankan kamus ini kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), guru-guru SJKT, murid/pelajar Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan (SK), penulis Tamil, kaum India yang tahu Bahasa Tamil (pertuturan/bertulis) serta masyarakat pelbagai kaum yang berminat mempelajari Bahasa Tamil.

Hubungi uthayasb@yahoo.com.my [jangan tertinggal .my] atau kirim mesej menerusi Facebook jika ada sebarang pertanyaan. Tempahan berbayar ditutup pada 31 Mac 2017 dan kamus akan dikirim menggunakan PosLaju mulai 4 April 2017. Tempahan tanpa membayar (tempahan air liur) tidak dilayan. [CARA PEMBAYARAN DAN BORANG DI SINI]

Orang ramai boleh melihat dan membelek kamus ini di Rumah Kavyan tetapi kedatangan hanya dengan janji temu. Anda juga mungkin berminat memiliki Kata Pinjaman Bahasa Tamil Dalam Bahasa Melayu (2015). Lihat juga: Buku-buku berkaitan kaum India.