Corak pemikiran orang Melayu dikatakan tidak begitu
mementingkan aspek peraturan dan undang-undang. Sebaliknya ia dipengaruhi
nilai-nilai tradisi, keengganan menerima perubahan, berpusatkan kelompok
sendiri, penuh dengan kekeliruan, wujud pertentangan idea, keangkuhan, serta
kurang idea dan kemampuan melahirkan idea.
Dalam membicarakan perkara di atas, penulis buku Sensitive Truths in Malaysia: ACritical Appraisal of the Malay Problem (2013), AB Sulaiman menyimpulkan permasalahan ini dengan istilah “etnosentrik”.
Tanpa belas kasihan, rasa bersalah atau bimbang, penulis berkenaan menyifatkan kelompok masyarakat etnosentrik umpama katak di bawah tempurung. Katanya, mereka mengetepikan peluang perkongsian silang-budaya yang hanya boleh dimanfaatkan jika memiliki fikiran terbuka.
Tentu sahaja apa yang dinyatakan di sini
akan menimbulkan kemarahan kelompok tertentu. Hakikat yang tidak dapat
dinafikan adalah bahawa isu-isu berkaitan orang Melayu, budaya Melayu dan bahasa Melayu dianggap terlalu
sensitif, serta lebih baik dibiarkan begitu sahaja tanpa mengungkitkan sebarang
persoalan.
Sebenarnya, sikap demikian secara jelas
membuktikan kebenaran kata-kata Sulaiman! Di sisi lain, tindakan menimbulkan
persoalan berkaitan topik-topik “sensitif” di atas akan menyebabkan seseorang
dilabel sebagai “anti-Melayu” dan kononnya cuba mencabar
Ketuanan Melayu.
Reaksi dan tuduhan seperti ini bukanlah
sesuatu yang baru bagi saya. Penyiaran makalah bertajuk “Kisah tentang Malayu” (The Malay Mail, 21 Oktober 2013)
misalnya membangkitkan kemarahan beberapa pihak. Apa yang menarik adalah bahawa
reaksi kelompok tertentu sebenarnya membantu membuktikan hujah yang saya
kemukakan.
Proses
membaca buku ilmiah tulisan Sulaiman pula membantu mengukuhkan lagi fakta
bahawa memang ada kelompok tertentu dalam kalangan orang Melayu – ingat: bukan semua! –
yang tersikap terlalu etnosentrik, ultra kiasu, fanatik, rasis dan merapu. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI] [MAKLUMAT BUKU DI SINI] Baca juga: Dilema Melayu, Cina, India -- Benarkah Melayu daripada Keturunan Bani Israel?