Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang lukisan perlu dibayar,
Jangan sampai menyesal nanti.
Sewaktu membuat pendedahan terbuka mengenai
“hutang” Kerajaan Negeri Selangor kepada Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) pada 1 April
2014, saya tidak menyangka tindakan itu akan membuka laluan ke arah pendedahan
yang lebih besar mengenai Pakatan Rakyat (PR), khususnya Parti Keadilan Rakyat
(PKR).
“Khabarnya Kerajaan Negeri Selangor masih
berhutang belasan ribu ringgit setelah membeli lukisan daripada Pak Samad.
Kalau ada wakil PR yang hadir, bolehlah tolong sampaikan kepada Menteri Besar
dan Exco terbabit. Katakan bahawa Uthaya mengungkitkan isu ini.”
Demikian saya berkata semasa pembentangan kertas kerja sempena
pelancaran rasmi novel Sungai Mengalir Lesu karya Pak Samad di Dewan Perhimpunan
Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 1 April 2014.
Pada pendirian saya, pendedahan itu amatlah
wajar untuk menunjukkan betapa kuasawan dan politikus beranggapan bahawa mereka
boleh sewenang-wenangnya mengambil “harta” milik seniman dan sasterawan secara
percuma.
Seolah-olah
hasil seni dan sastera tidak mempunyai nilai. Seolah-olah seniman dan
sasterawan perlu bersedia memberikan “harta” (hasil karya) dan “bakat” secara
percuma kepada kuasawan dan politikus tanpa mengharapkan sebarang bayaran yang
setimpal. [BACA MAKALAH SELANJUTNYA]