Monday, 28 April 2014

Kisah Datin Jaliji

Kisah mengenai Datin Jaliji (bukan nama sebenar) muncul semasa saya dan rakan-rakan sedang berbual pada 14 April 2014 mengenai seorang individu yang muncul hampir setiap 15 minit menerusi iklan ucapan Tahun Baru Tamil di sebuah stesen radio tempatan.
 
Siapakah wanita ini yang melanggar etika dan peraturan iklan tetapi dibenarkan bersiaran menerusi sebuah stesen milik kerajaan? Seolah-olah seluruh negara mengenalinya secara peribadi sehingga tanpa menyebut siapakah dia, orang akan tahu sekadar dengan mendengar nama sahaja.
 
Mungkin hanya saya yang tidak mengenalinya! Selepas perkara dan kekeliruan ini dipaparkan menerusi Facebook, seorang rakan mengirim mesej peribadi berserta pautan bagi akaun Facebook seorang individu lain yang namanya hampir sama.
 
Bagaimanapun, memandangkan wanita itu khabarnya pengasas dan presiden sebuah syarikat media, tentulah dia tahu syarat dan peraturan penyiaran iklan menerusi media. Saya yakin bahawa mereka bukan orang yang sama.
 
Topik perbincangan dan perkongsian mesej peribadi mula beralih daripada “budak iklan” itu (Gitanjali Ji) kepada Datin Jaliji yang nampaknya mempunyai kisah tersendiri.
 
Namanya sendiri mengingatkan saya kepada “Datuk Guluji” yang kisahnya pernah saya paparkan menerusi makalah “Mari Mengenal Datuk Guluji” (The Malaysian Insider, 27 Januari 2014).
 
Mungkin sahaja tiada sebarang hubungan antara Guluji dan Jaliji tetapi kedua-dua individu ini nampaknya amat mengimpikan puji-pujian dan puja-pujaan. Pelbagai taktik, manipulasi dan penipuan juga ditangani secara licik oleh mereka untuk mendapat tempat di tengah masyarakat. [BACA MAKALAH PENUH]

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!