9 Jul 2012

Peluang AKHIR Membeli Buku pada Harga Runtuh


HARAP MAKLUM BAHAWA TEMPAHAN SUDAH DITUTUP PADA PUKUL 4:00 PETANG, 20 JULAI 2012.

Ingin membeli Perempuan Nan Bercinta (Faisal Tehrani), Selamat Datang Ke Malaywood (Roslan Jomel), Helo-helo Kepada Bush (Jimadie Shah Othman) dan/atau Travelog Beijing (Uthaya Sankar SB, Izan Ali, Nurfa) pada harga runtuh?

Sukacita, saya mempunyai stok terhad buku-buku tersebut untuk dijual kepada sesiapa yang berminat membelinya. Tempahan "pusingan kedua" ditutup pada 20 Julai 2012. (Tiada lagi jualan pada "harga runtuh" selepas itu. Tempahan "pusingan pertama" sudah ditutup pada 12 Julai 2012.)


Tarikh akhir membuat tempahan: 20 Julai 2012 (Jumaat); 4:00 petang.
Tarikh akhir membuat bayaran: 25 Julai 2012 (Rabu); 4:00 petang.

Sebahagian kos bayaran pos ditanggung oleh Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya serta Kumpulan Sasterawan Kavyan bagi kiriman menerusi pos biasa ke mana-mana destinasi sah di Malaysia (termasuk Semenanjung Malaysia).

“Harga runtuh” juga adalah sama di seluruh negara (termasuk Semenanjung Malaysia) kerana saya percaya bahawa setiap warga Malaysia berhak membayar harga yang sama bagi produk (buku) yang sama; apatah lagi dikirim melalui pos.

Tempahan hanya dianggap sah apabila bayaran dilakukan sepenuhnya. Konsep “siapa (bayar) cepat, dia dapat” dan “yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudian” digunakan dalam kaedah penjualan buku-buku stok terhad ini.

Berikut maklumat buku-buku terpilih yang dijual pada “harga runtuh” dengan kerjasama dan izin para penulis terbabit:

Pengarang: Roslan Jomel
Harga Pasaran: RM30.00 (Sabah/Sarawak: RM35.00)
Harga Runtuh (seluruh Malaysia): RM20.00
Anda Jimat: RM10.00 (Sabah/Sarawak: RM15.00)
Kos Penghantaran: RM2.00 (Selebihnya ditanggung Kavyan)

Pengarang: Jimadie Shah
Harga Pasaran: RM15.00 (Sabah/Sarawak: RM20.00)
Harga Runtuh (seluruh Malaysia): RM10.00
Anda Jimat: RM5.00 (Sabah/Sarawak: RM10.00)
Kos Penghantaran: RM1.00 (Selebihnya ditanggung Kavyan)

Pengarang: Faisal Tehrani
Harga Pasaran: RM35.00 (Sabah/Sarawak: RM40.00)
Harga Runtuh (seluruh Malaysia): RM25.00
Anda Jimat: RM10.00 (Sabah/Sarawak: RM15.00)
Kos Penghantaran: RM2.00 (Selebihnya ditanggung Kavyan)

Pengarang: Uthaya Sankar SB, Izan Ali, Nurfa
Harga Pasaran: RM22.00 (Sabah/Sarawak: RM25.00)
Harga Runtuh (seluruh Malaysia): RM15.00
Anda Jimat: RM7.00 (Sabah/Sarawak: RM10.00)
Kos Penghantaran: PERCUMA  (Ditanggung oleh Kavyan)

Cara Pembayaran:
Jika anda berminat membeli buku-buku yang dinyatakan di atas, sila hubungi Uthaya Sankar SB melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau mesej peribadi (PM) menerusi Facebook. Pembelian secara kredit (hutang) tidak diterima sama sekali. Tempahan hanya sah apabila bayaran dibuat. Bagi "pusingan kedua", ada bayaran kos penghantaran dikenakan; maka mereka yang membeli pada "pusingan pertama" boleh rasa beruntung!

Penting:

1. Promosi dan jualan buku melalui kaedah ini tidak bertujuan mengaut untung; sebaliknya bertujuan “memudahkan” khalayak mendapatkan buku pada harga lebih murah dan ditandatangani pula oleh penulis.

2. Mungkin tidak ramai yang membeli buku melalui kaedah ini tetapi sekurang-kurangnya khalayak mempunyai kaedah alternatif untuk membeli buku-buku berkenaan.

3. Jumlah stok adalah terhad. Saya mempunyai hak penuh menolak mana-mana tempahan atas alasan kehabisan stok. (Tempoh jualan "harga runtuh" bagi judul-judul ini TIDAK akan dilanjutkan.)

4. Saya hanya menjual buku-buku rakan-rakan penulis menerusi kaedah ini. Buku-buku rakan-rakan lain mungkin akan ditambah pada masa hadapan dengan persetujuan mereka.

5. Sebarang aduan atau laporan boleh diajukan kepada Uthaya Sankar SB melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my atau mesej peribadi (PM) menerusi Facebook atau talian 016-3288142.