Di tengah-tengah kontroversi novel Interlok Edisi Murid (DBP: 2010) baru-baru ini, ada pihak yang cuba menegakkan benang yang basah dengan berhujah bahawa novel berkenaan adalah sebuah faksyen.
Raja Rajeswari Seetha Raman, misalnya, mengatakan bahawa segala kesalahan fakta mengenai budaya kaum India dalam novel berkenaan tidak menjadi masalah kerana pengarang cuba menggabungkan sesuatu yang baru dan berbeza dalam karya!
Seperti dilaporkan di akhbar New Sunday Times (23 Januari 2011), pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu itu berkata, “the novel (Interlok) is a piece of faction – a mix of fact and fiction” – BACA DI SINI.
Hujah itu jelas menunjukkan bahawa ramai yang belum dapat membezakan antara “faksyen”, “parodi”, “satira”, “farsa” dan “intertekstual”.
Unsur faksyen bukan sesuatu yang baru dalam dunia sastera. Saya menggunakannya dalam kebanyakan karya; khususnya dalam siri Faksyen Pulau Cinta yang disiarkan di Free Malaysia Today sebelum ini – SENARAI DI SINI.
(Artikel penuh disiarkan di portal berita Free Malaysia Today pada 30 Mei 2011. Sebahagian maklumat mengenai “faksyen” dalam artikel ini pernah dipaparkan di blog ini sebelum ini. Baca teks penuh pada bahagian prakata buku Pulau Pendatang.)