7 Sept 2012

Talam Dua Muka — Raja Rajeswari Seetha Raman

Pada tahun 1970-an, Joseph Selvam menyinar sebagai penulis kaum India yang sangat dikagumi atas kemampuannya menulis “sajak-sajak bertema Melayu dan Islam” dengan sangat baik. 

Lompong yang ditinggalkan sejak tahun 1980-an kini sudah diisi Raja Rajeswari Seetha Raman yang memulakan penulisannya antara lain dengan mengkaji sajak-sajak Joseph Selvam. Malah, ternyata Raja Rajeswari terpengaruh dengan gaya penulisan sajak-sajak Islam oleh Joseph Selvam.

Saya sendiri membantu Raja Rajeswari mendapatkan peluang penyiaran karya di DBP, Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Metro Ahad selepas dia menghubungi saya pada tahun 1998. [Baca di sini]

Pada “Seminar Sastera Pelbagai Kaum” (7 September 2012), Siti Aisah Murad (DBP) menyifatkan Raja Rajeswari sebagai “satu-satunya penulis yang mewakili masyarakatnya”. 

Haji A. Rahim Abdullah (Aswara) pula menceritakan bahawa Datuk Kemala pernah menyarankan supaya Raja Rajeswari “masuklah Islam cepat-cepat dengan suami” berikutan kehebatannya menulis “sajak-sajak bertema Melayu dan Islam”. 

“Semasa saya menulis, saya anggap diri saya sebagai seorang penulis Islam. Saya fokus seratus peratus. Niat saya ikhlas,” akui Raja Rajeswari Seetha Raman kepada media pada 17 Januari 2010. 

Tentulah tidak akan ada mana-mana penulis kaum India yang menulis karya Bahasa Malaysia – termasuk Sasterawan Kavyan – yang mampu mengatasi kehebatan dan kepakaran Raja Rajeswari dalam hal-hal seperti ini. 


Dia ternyata berada dalam “kelas tersendiri” dan mustahil boleh digugat oleh sesiapa. Kebodohannya unik dan eksklusif. Dia juga awal-awal lagi sudah menjangkakan kaum Bukan Melayu tidak akan menghadiri Hari Pejuang Bahasa



Contoh Kenyataan Lidah Bercabang:

“Cabaran yang dihadapi ketika ini adalah untuk memantapkan lagi kualiti karya supaya tidak lagi dilabel sebagai penulis kaum India atau penulis Bukan Melayu, sebaliknya diiktiraf sebagai penulis Malaysia.” – Raja Rajeswari Seetha Raman di Metro Ahad, 9 Februari 2003 – [Rujuk di sini]

“Saya tidak setuju dengan istilah penulis kaum India. Sebaliknya saya lebih selesa dengan istilah penulis bukan Melayu.” – Raja Rajeswari Seetha Raman dalam e-mel bertarikh 8 Julai 2003 – [Rujuk di sini]