Di
tengah-tengah kehadiran begitu ramai penulis kaum India yang menghasilkan karya
dalam bahasa ibunda, Uthaya Sankar SB terus-menerus dan
prolifik menyajikan karya-karya dalam Bahasa Malaysia iaitu bahasa kebangsaan
kita. Apa yang sangat menarik untuk diperhatikan adalah karya-karya beliau
sentiasa kaya dengan jati diri, budaya, pemikiran, adat dan pandangan dunia
masyarakat India. Pada masa sama, beliau amat bijak menukangi dan menangani
karya-karya itu supaya ia bersifat sejagat dan mampu dicerna oleh pembaca
pelbagai kaum, latar, agama dan budaya. Perkara yang sama dapat diperhatikan
dalam novel Panchayat. Malah, dalam
edisi khas ini, beliau berusaha untuk menyajikan versi yang “dimurnikan” agar tidak ada mana-mana
kelompok yang tampil melahirkan bantahan kelak. – Mannar Mannan Maruthai (Pensyarah,
Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya) dalam Panchayat: Edisi Khas.