8 Sept 2012

Biodata – Saroja Theavy Balakrishnan


Nama Saroja Theavy Balakrishnan mula melonjak sebaik penulis kelahiran Alor Setar, Kedah ini menang tempat pertama Hadiah Cerpen Maybank-DBP 1991 menerusi cerpen “Kandasami”. Bekas guru ini turut berkongsi hadiah pertama Pertandingan Menulis Cerpen Formula Malaysia 1999/2000 bersama Hizairi Othman dan Ani Mawar Abdullah. Beliau muncul dengan dua kumpulan cerpen iaitu Gemerlapan (1997) dan Keinginan Kecil di Celah Daun (2003). 

[Rujuk biodata Sasterawan Kavyan di sini. Maklumat lebih menyeluruh dalam buku Kavya Sastra.]