3 Jun 2011

16 Hari Bulan

16 Januari 2011 – Kumpulan Sasterawan Kavyan mengadakan “Taklimat Khas Novel Interlok Edisi Murid” di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Sila KLIK DI SINI untuk membaca artikel-artikel susulan taklimat itu.

16 Februari 2011 – Saya menghadiri mesyuarat pertama Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid di Putrajaya atas lantikan oleh Menteri Pelajaran.


16 Mac 2011 – Saya bersama-sama Dr NS Rajendran dan Encik G. Krishnabahawan “berundur” daripada Panel Bebas selepas “diasak” berikutan pertemuan bersama Menteri Pelajaran di Menara Parlimen.


16 April 2011 – Saya melaporkan di blog mengenai kes pelajar dibuli dan dibelasah di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam. Pelbagai insiden susulan kes itu boleh juga dibaca di blog saya.


16 Mei 2011 – Saya dibawa oleh ibu bapa mangsa buli dan belasah itu ke sekolah semasa pertemuan dengan pengetua.