Sunday, 2 January 2011

Nating

Sebuah cerpen saya berjudul “Nating” disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia pada 27 Mei 2007. Saya tidak pasti berapa individu yang pernah membaca cerpen itu dan/atau masih ingat kisah yang dipaparkan dalam “Nating” berbanding mereka yang khabarnya pernah membaca dan memahami makna sebenar sajak “Pe(r)juang(an) Bahasa II” (Mingguan Malaysia, 24 Jun 2007).
.
Semasa saya menerbitkan kumpulan cerpen Rudra Avatara (2008), entah bagaimana saya terlepas pandang cerpen “Nating”. Mungkin kerana saya hanya mahu memuatkan secara khusus sebelas cerpen dalam buku berkenaan.
.
Cerpen “Nating” juga tidak sesuai dimasukkan dalam Kathakali (2009) kerana sasaran pembaca kumpulan cerpen berkenaan adalah remaja.
.
Pada tahun 2010, saya sepatutnya menerbitkan sebuah buku memuatkan cerpen-cerpen yang memaparkan faksyen politik. Bagaimanapun, hambatan kewangan menyebabkan saya terpaksa menangguhkan dahulu projek itu.
.
Tentu sahaja “Nating” amat sesuai dimuatkan dalam kumpulan cerpen berkenaan. Memandangkan buku berkenaan – judul buku dirahsiakan – belum diterbitkan, maka saya bercadang menyiarkan cerpen “Nating” dalam beberapa bahagian di blog saya bermula 3 Januari 2011.
.
Sebutan bagi “Nating” adalah sama bunyi dengan perkataan “nothing” dalam Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, jangan pula tergesa-gesa membuat andaian bahawa “Nating” sama makna dengan “nothing”.
.
Sila maklum juga bahawa cerpen “Nating” sesungguhnya berciri faksyen dan hak saya memaparkan kisah berkenaan yang berlatarkan Siru Kambam dalam bentuk karya kreatif terpelihara sepenuhnya sebagaimana diterangkan DI SINI, DI SINI dan DI SINI. Selamat membaca "Nating" - DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!