7 Mar 2009

Pe(r)juang(an) Bahasa II

kuraikan kejayaan
menumpaskan petualang
kusambut kemenangan
menewaskan dalang

tari si dalang sudah berakhir
kemenangan kini ada di tangan
di muka kelir menari-nari
wijaya perjuangan nekad dan berani

nescaya ada lagi
dalang dan talam cuba mencabar
kita cabar ia di muka pentas
buktikan siapa benar, siapa bertopeng
kejayaan tetap bagi kebenaran

ayuh kita raikan kejayaan
ayuh kita sambut kemenangan
petualang bahasa sudah tumpas
dalang bahasa sudah tewas

dirgahayu bahasaku!
dirgahayu Bahasa Malaysia!


Sajak ini disiarkan di Mingguan Malaysia pada 24 Jun 2007. Tanpa diduga, menimbulkan kemarahan dalam kalangan sekelompok kecil manusia yang khabarnya – menurut sumber – terlalu marah kepada pemerintah yang memutuskan penggunaan semula istilah “Bahasa Malaysia”. Apa yang menyedihkan – dan tentunya amat memalukan! – adalah bahawa sajak ini disalah tafsir sesedap rasa oleh beberapa individu. Percayalah: terbukti sebuah sajak yang maha mudah tetap boleh menimbulkan “gelombang besar” yang menggoncang dunia. Baca juga - [Ulasan dan Reaksi] - [Minta DBP Gam] - [Kronologi PPSMI]