Saya sering memberitahu pelajar saya semasa kuliah dan perbincangan subjek Pengajian Malaysia: Mengundi Adalah Hak – Termasuk Hak Untuk Tidak Mengundi.
Saya tidak mengundi pada Pilihan Raya Umum 1999 kerana “malas”.
Saya tidak sempat mengundi pada Pilihan Raya Umum 2004 kerana bertugas di sebuah pusat pengundian di Shah Alam; sedangkan pusat mengundi saya di Klang/Kapar.
Saya bertugas di sebuah pusat pengundian di Shah Alam pada Pilihan Raya Umum 2008 dan sempat mengundi di Shah Alam menggunakan tanda “pass” (bukan tanda “pangkah”).
Saya sering mengingatkan pelajar saya di kolej bahawa tanda “pangkah” bukan satu-satunya tanda yang sah untuk digunakan semasa menandakan kertas undi. - BACA DI SINI
Saya menggalakkan pelajar saya mendaftar sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia berumur minimum 21 tahun yang masih waras dan tidak dipenjarakan semasa tarikh pilihan raya – dan sudah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, tentunya – layak mengundi.
Banyak kali saya terpaksa menjawab pertanyaan pelajar yang mendengar daripada sumber tertentu bahawa kaum “Bukan Melayu” yang tidak mengundi semasa Pilihan Raya Umum akan dilucutkan kewarganegaraan!
Mengundi adalah hak – termasuk hak untuk tidak mengundi. Dan jika sudah menggunakan “hak” untuk tidak mengundi, jangan pertikaikan wakil yang dipilih oleh Rakyat yang menggunakan “hak” untuk mengundi.

....
Dan sudilah KLIK DI SINI untuk sedikit panduan praktikan mengundi calon paling uzur.