19 Sept 2010

Kesantunan Berbahasa di Facebook

.
Terima kasih kepada sesiapa yang sudi menambah saya sebagai “rakan” menerusi laman rangkaian sosial Facebook. Selamat bertemu di ruang siber. Biar saya maklumkan sejak awal bahawa saya tidak akan melayan sesiapa yang tidak tahu (atau tidak mahu) menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil atau Bahasa Mandarin yang betul apabila berkomunikasi dengan saya menerusi Facebook. Saya mementingkan aspek kesantunan berbahasa. Saya tidak mahu kes seperti INI dan INI berulang. Saya juga mahu mengelakkan kumpulan yang digambarkan di SINI menjadi sahabat saya. Pada masa sama, sudilah mendapatkan panduan berguna DI SINI mengenai cara memastikan maklumat di Facebook tidak dimanipulasi penjenayah.
.
Sekian. Terima kasih.
Yang ikhlas, Uthaya Sankar SB