13 May 2010

Facebook's Fun(ny)!

Buktinya, pada tengah hari 28 April 2010, seorang individu [nama dirahsiakan] menambah saya sebagai rakan di Facebook. Memandangkan nama dan foto yang dipaparkan tidak (belum) saya kenali, saya ke laman Facebook beliau.
.

Malangnya, maklumat yang dipaparkan hanyalah “Gender: Male” dan “Current Location: Kampar, Malaysia”. Tiada “common friends” antara kami berdua; sekali gus menyukarkan saya mengetahui siapa beliau.

. ...

Maka, saya mengirim mesej melalui Facebook: “Harap sudi perkenalkan diri kerana hampir tiada maklumat diri saudara yang boleh saya baca di Facebook”.

.

Jawapan yang saya terima: “Kenapa hang ni tan sri ke yang perlukan detail saya?”

.

Keputusan saya amat mudah. Saya membalas dengan sesopan mungkin: “In that case, Tan Sri, I’m not in the position to approve your friend request. Thank you, Tan Sri.”

.

Insiden ini pasti sahaja mengingatkan saya pada apa yang berlaku tiga bulan lalu, pada 27 Januari 2010. Sila KLIK DI SINI untuk membacanya.

.

Bagaimanapun, pada 29 April 2010, saya menerima mesej balas daripada beliau; menjelaskan bahawa beliau memang menambah saya sebagai rakan. Mesej yang saya kirim pula dibaca dan dibalas oleh anak beliau yang tidak faham mengapa ada orang tiba-tiba meminta maklumat diri bapanya!

.

Alahai! Saya segera faham situasi sebenar dan menerima beliau sebagai rakan di Facebook. Saya juga memberitahu beliau dua perkara: Satu, saya akan memblog mengenai pengalaman ini. Dua, saya akan terus memanggil beliau sebagai "Tan Sri".

.
Satu lagi insiden berlaku pada 24 April 2010. Seorang rakan di Facebook kecewa kerana saya sudah lama tidak “bertanya khabar”.
.
Maka, saya nyatakan secara terus terang bahawa saya ke laman Facebook beliau tetapi saya tidak faham bahasa yang digunakan; sekali gus saya tidak faham apa yang sedang berlaku dan tidak tahu apa yang mahu “ditanya khabar”.
.

“Terus terang, saya berdiam diri sahaja kerana sesungguhnya saya tidak faham ‘bahasa’ yang saudara gunakan di laman Facebook saudara,” jawab saya.

.

Sambil menyifatkan tindakan saya sebagai “pelik”, beliau berkata, “Kalau anda tak puas hati lagi, anda dipersilakan buang saya dari FB anda. Terima kasih.”

.

Terbaru, pada 28 April 2010, individu yang sama bertanya di ruangan status Facebook sama ada rakan-rakannya fikir beliau memiliki “low mentality”.

.

Supaya selamat, saya menjawab: “I’d love to tell you the truth ... but I think I better keep it to myself.” Beliau pula membalas dengan mengatakan bahawa beliau boleh menerima komen secara terbuka ("You know I'm open to critism.")

..

Saya pula tetap mengatakan, "I still think I'd better keep it to myself." Maka, segera beliau menjawab, "With that kind of impression on me, do you think we still can be friends? ... Your photo shows who you are." (Saya meletak foto "Thandira Nari" sebagai foto profil pada Facebook pada waktu itu.)

.

Beberapa kawan beliau juga mula segera "melompat dan menerkam" serta mula "meratah" saya dengan pelbagai label. Dalam diam, saya teringat semula topik persoalan: individu itu bertanya sama ada orang lain fikir beliau memiliki mentaliti rendah!

.

Pada tengah hari 29 April 2010, beliau mengeluarkan saya daripada senarai rakan. Saya menghormati keputusan beliau dan tidak akan mempersoalkan tindakan itu. Tuhan Maha Berkuasa!