8 Jun 2010

Anak Patung

Cerpen “Anak Patung Hari Jadi” yang saya tulis pada 11 Mac 2010 dijangka disiarkan dalam majalah e-baca keluaran Julai 2010. Syukur!
..

Sebelum ini, cerpen “Selamat Hari Jadi, Sayang” yang ditulis pada 8 Mac 2010 disiarkan dalam majalah e@siswa keluaran April 2010, manakala cerpen “Air Mata Hari Jadi” yang ditulis pada 12 Mac 2010 disiarkan dalam majalah Fokus SPM keluaran Mei 2010.

..

Untuk makluman, memandangkan saya kakitangan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (saya menyertai akhbar Sinar Harian pada 1 Februari 2010) maka saya tidak dibayar honorarium.

..

Saya memang sedia maklum perkara itu tetapi tetap gembira dan bersemangat menyumbangkan karya bagi ketiga-tiga majalah berkenaan; serta menulis ruangan “Cereka UPSR” dalam majalah e-baca sejak Mei 2010.

..

Saya sebenarnya masih “berhutang” cerpen kepada beberapa rakan editor di beberapa akhbar dan majalah. Idea memang banyak dan pelbagai – sesuai bagi cerpen kanak-kanak, remaja dan dewasa.

..

Ya, saya akan menghasilkan beberapa manuskrip sebagai persiapan menjelang Bengkel Sehari Penulisan Cerpen pada 13 Jun 2010; meminjam semangat Allahyarham Dr Othman Puteh.