27 Apr 2010

Air Mata Hari Jadi

Saya mendapat kejutan yang menggembirakan (pleasant surprise) semasa membelek-belek majalah Fokus SPM keluaran Mei 2010 pada petang 26 April 2010. Tidak pula saya sangka dan menjangkakan cerpen “Air Mata Hari Jadi” akan disiarkan dalam keluaran Mei.
.

Sebelum ini, saya dimaklumkan bahawa majalah e-baca, e@siswa dan Fokus SPM keluaran Mei 2010 akan menyiarkan cerpen-cerpen yang mengangkat tema bersesuaian dengan Hari Guru.

.

Apa pun, jangan kita lupa bahawa Hari Ibu disambut pada 9 Mei 2010 (Ahad kedua bulan Mei setiap tahun) dan cerpen “Air Mata Hari Jadi” juga ada sedikit sentuhan keibuan daripada watak “emak” 9(ibu Dhurga) dan Chellama (ibu Janaki).

.

Cerpen ini turut menyentuh mengenai filem Little Buddha (1994) lakonan Keanu Reeves dan filem Anbe Sivam (2003) lakonan Kamal Haasan dan Madhavan.

.

Sedikit catatan awal mengenai “Air Mata Hari Jadi” boleh dibaca DI SINI manakala kisah penuh boleh dinikmati dalam majalah Fokus SPM, Mei 2010. Sila KLIK DI SINI untuk membaca rasional penggunaan ‘hari jadi’ berbanding ‘hari lahir’.