
.
Cerpen ini ditulis selepas “Selamat Hari Jadi, Sayang” dan “Anak Patung Hari Jadi”.
.
Watak utama dalam cerpen ini juga bernama Dhurga! Dan kisah ini juga berlaku pada hari dia menyambut hari jadinya!
.
Bezanya, Dhurga dalam cerpen “Air Mata Hari Jadi” berumur 17 tahun. Bapanya seorang ahli perniagaan, ibunya seorang wanita berkerjaya dan abangnya mahasiswa sebuah universiti.
.
Kita memang sering membaca cerpen yang berakhir dengan kematian dan air mata.
.
Namun, jangan risau – “Air Mata Hari Jadi” tidak berakhir dengan kematian. Klik DI SINI untuk membaca pandangan saya mengenai cerpen-cerpen yang sengaja diakhiri dengan kematian.
.
Manuskrip cerpen “Air Mata Hari Jadi” saya kirim ke majalah Fokus SPM untuk dinilai bagi penerbitan.