Beliau bertanya mengapa saya belum mengirim cerpen yang saya janjikan untuk majalah e@siswa.
Saya pada saat itu sedang membantu Devishi Prabha Sankari bersiap untuk ke sekolah.
Sesungguhnya saya terasa sedikit bersalah kerana belum mengirim manuskrip cerpen yang sepatutnya telah saya serahkan pada 5 Mac 2010.
Pada September 2002, Saharom menyiarkan cerpen “Fail Merah: Konspirasi Membunuh Sasterawan Pulau Cinta” semasa beliau menjadi editor majalah Dewan Masyarakat.
Semasa beliau menjadi editor majalah Sarina, cerpen “Bapaku Sasterawan” disiarkan pada Mac 2004.
Cerpen “www.diari.cjb.net” pula tersiar pada Mac 2007 sewaktu Saharom menjadi editor majalah e@siswa.
Selepas menghantar Devishi ke sekolah pada pukul 12:45 tengah hari, saya mula menaip sebuah cerpen.
Pada pukul 1:37 petang, saya mengirim cerpen itu melalui e-mel kepada Saharom untuk dinilai kesesuaian untuk disiarkan dalam majalah e@siswa.