Baru-baru ini, seorang rakan penulis mengajak saya berbual (chat) menerusi laman sosial Facebook.
..
Beliau yang merupakan seorang penulis yang agak prolifik dewasa ini bertanya sama ada saya mengirim cerpen ke Dewan Sastera.
..
“Belum ada cerpen yang sesuai untuk saya hantar ke Dewan Sastera,” saya menjawab secara ikhlas.
..
Rakan penulis itu bertanya: “Cerpen macam mana yang dikira sesuai untuk Dewan Sastera? Perlu ada unsur cinta dan seks?”
..
Saya terkejut dan tidak mampu meneruskan perbualan (chat).
..
Sesungguhnya saya terperanjat membaca pertanyaan itu kerana belakangan ini, agak banyak juga karya rakan penulis itu disiarkan di Dewan Sastera.
..
Apakah kriteria sebenar yang digunakan?