Judulnya adalah “Anak Patung Hari Jadi” dan menceritakan mengenai watak Dhurga, kanak-kanak berumur 11 tahun, pergi bersama ayahnya untuk membeli boneka sebagai hadiah hari jadi.
.
Sila KLIK DI SINI untuk membaca dari mana saya mendapat idea bagi cerpen ini.
Cerpen ini adalah cerpen kedua yang saya tulis tahun ini; selepas cerpen “Selamat Hari Jadi, Sayang” yang menampilkan watak Dhurga, remaja berumur 14 tahun, pada hari sambutan hari jadinya.
Saya rasa persamaan watak hanya pada nama dan kedua-duanya adalah individu yang berbeza.
Ayah Dhurga dalam “Anak Patung Hari Jadi” adalah guru di sebuah sekolah khas bagi remaja OKU, manakala ayah Dhurga dalam “Selamat Hari Jadi, Sayang” adalah seorang pekerja kilang.
Apa pun, idea bagi watak dan perwatakan Dhurga adalah daripada puteri kesayangan saya, Devishi Prabha Sankari.
Cerpen “Ikan Patin dan Beruang Besar” (e-baca, Mac 2007) pula ditulis berasaskan “lakonan” saya dan Devishi memancing ikan patin di ruang tamu rumah!