
.
Harga patung berkenaan sekitar RM16.00 (saya kurang ingat). Terdapat satu anak patung serta beberapa pakaian untuk ditukar.
.
Amat nyata bahawa Devishi juga sangat menyukai anak patung itu.
.
Bagaimanapun, dia berkata (lebih kurang), “Beli satu sahajalah sebagai hadiah hari jadi sebab harganya mahal. Kita bukannya kaya.”
.
Hati saya sangat tersentuh.
.
Tahun lalu, saya dan Devishi pergi menonton filem Up di pawagam. Kami membeli popcorn kegemarannya.
.
Bagaimanapun, Devishi tidak mahu mula makan selagi tayangan belum bermula.
.
Katanya (lebih kurang), “Kalau makan sebelum filem bermula, nanti cepat habis. Nanti kena beli lagi. Membazir.”
.
Hati saya sangat tersentuh.