Tahun lalu, sempena hari jadi saya, ayah dan ibu mengatur sambutan yang agak besar-besaran.
Ayah membuat tempahan kek dua tingkat dengan corak anak patung menyerupai seorang puteri berpakaian serba merah jambu.
Emak pula menempah pelbagai juadah istimewa daripada Mak Cik Timah yang tinggal tidak berapa jauh dari rumah kami.
Tugas abang pula membuat perhiasan di ruang tamu menggunakan belon pelbagai warna dan kertas warna yang dibeli khas.
Ringkasnya, sambutan hari jadi saya pada tahun lalu memang amat meriah dan secara besar-besaran.
Bagaimanapun, tidak ramai kawan saya yang datang tahun lalu. Masing-masing memberi alasan ada kelas tambahan atau ada urusan lain pada tarikh yang ditetapkan.
Mereka ada memberikan kad ucapan hari jadi yang dibeli di kompleks beli-belah. Memang cantik dan tentu mahal. Akan tetapi, saya berasa sedikit sedih kerana mereka hanya memberi kad tetapi tidak dapat hadir ke jamuan hari jadi yang diadakan.
...